Cub Prix: Afif Amran enggan letak tekanan pada diri sendiri

Saufi Tahir
Mei 3, 2024 22:33 MYT
Setelah mengalami kecederaan dalam aksi di Litar Antarabangsa Zhuhai, China di saingan Kejuaraan Motorsikal Asia 2024 (ARRC) pelumba CP150 , Ahmad Afif Amran, nekad menamatkan badi tersebut kali ini dalam Kejohanan Cub Prix Malaysia di Litar Lumba Tangkak, esok.
Dia tidak lagi terganggu dengan isu terbabit sebaliknya hanya ingin memberikan sepenuh fokus kepada aksinya dalam pusingan kelayakan esok.
Dengan menjadikan rakan sepasukan, Akid Aziz, sebagai sumber motivasi buat dirinya untuk terus bersaing secara sihat dan enggan meletakkan tekanan terlalu tinggi kepada dirinya ketika beraksi di dalam litar nanti.
"Saya bersyukur kerana kecederaan yang saya alami di litar Zhuha sebelum ini sudah kembaliu pulih.
"Cuma kini dari aspek kecergasan agak kurang sedikit tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk perlumbaan minggu ini.
"Saya berasa lega kerana mempunyai rakan sepasukan yang sama kuat dan sama banyak penggalaman. Dimana kekurangan dan kelebihan saya akan kongsi untuk bantu sama lain.
"Saya harap Akid dapat buat yang terbaik dan saya dapat berkerjasama dengan pasukan saya dengan lebih kompetitif hujung minggu ini." katanya kepada Nadi Arena.
#Permotoran #Cub Prix #Afif Amran
;