Skuad hoki negara kendalian Stephen Van Huizen berlepas ke Dhaka, Bangladesh, untuk menghadapi pusingan kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia sambil dinanti masalah cuaca tidak menentu dalam kejohanan yang akan bermula Sabtu ini.
Dhaka sedang mengalami cuaca panas hingga 35 darjah Celcius dan hujan lebat pada lewat petang.
"Kami perlu bermain dengan lebih bijak berikutan cuaca panas.
"Kami akan cuba mengawal rentak permainan agar kami tidak berdepan tekanan nanti," kata pemain tengah negara, Meor Azuan Hassan.
Pertahanan negara, Najmi Farizal Jazlan, pula menjangkakan masalah cuaca bukan penghalang dalam perjuangan mereka di Dhaka.
"Selepas menjejak kaki di sana nanti, barulah kami akan mengetahui suasana sebenar.
"Saya berasakan kami mungkin tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di sana," katanya.
Perkembangan itu mungkin boleh menjejaskan persiapan Malaysia menjelang aksi sulung menentang tuan rumah, Bangladesh, Sabtu ini.
Malaysia selaku pilihan utama diundi dalam Kumpulan A bersama Oman, Fiji dan Bangladesh.
Dua pasukan terbaik akan layak secara automatik ke separuh akhir Liga Dunia, sementara pasukan tangga ketiga perlu menunggu keputusan kejohanan lain untuk meneruskan kemaraan.
Dalam kejohanan sama di Singapura pada 2015, The Malaysian Hockey Tigers muncul juara selepas membelasah Poland 8-0 dalam aksi final.