Skip to main content

Sukan Lain

Covid-19: Vuelta a Espana batal peringkat di Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

primozroglic.jpg
Perlumbaan Vuelta a Espana musim ini tidak lagi melibatkan dua peringkat di Portugal berikutan pandemik Covid-19.

Perlumbaan peringkat ke-15 dan 16 pada awalnya akan melibatkan bandar Porto, Matosinhos dan Viseu tetapi laluan di dalam Sepanyol kini dipilih sebagai laluan alternatif.

La Vuelta mengumumkan semalam bahawa keputusan itu terpaksa diambil disebabkan situasi luar kawalan krisis Covid-19.

"Majlis Perbandaran Porto, Matosinhos dan Viseu, dalam persetujuan dengan Unipublic, penganjur La Vuelta, telah memutuskan untuk membatalkan perjalanan La Vuelta 20 di Portugal," kata satu kenyataan yang dalam laman web rasmi perlumbaan itu.

Bulan lalu, perancangan untuk mengadakan tiga peringkat pertama di Belanda turut dibatalkan.

Tarikh permulaan perlumbaan itu turut dipinda daripada 14 Ogos depan kepada 20 Oktober depan berikutan penundaan selama dua bulan Tour de France.

Ia bermakna, tarikh perlumbaan La Vuelta akan bertindih dengan perlumbaan Giro d'Italia, yang turut dijadualkan semula.

Penganjur berkata tiada lagi pindaan keputusan itu selepas ini dan ia akan kekal tidak melibatkan laluan di Portugal.

Satu-satunya peringkat yang melibatkan laluan di luar Sepanyol adalah peringkat kesembilan yang akan berakhir di Col du Tourmalet, Perancis.

 

Advertisement

Must Watch Video