Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Corporate Super Rugby kembali buat musim kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

csr.jpg
Saingan ragbi kebangsaan bakal dibuka menerusi saingan Corporate Super Rugby (CSR) kembali buat musim kedua. 

Mula diperkenalkan sebagai Corporate Premier Rugby Championship (CPRC) pada 2022, kejohanan yang diberi nafas baru itu bakal menampilkan lapan buah pasukan yang mewakili badan-badan korporat dan agensi kerajaan.

Dalam majlis undian yang diadakan di Subang, juara bertahan Bank Muamalat Bullets ditempatkan dalam kumpulan A bersama-sama dua pasukan perintis kejohanan, PPTD Patriots dan TNB Rugby. 

Nama besar kancah ragbi kebangsaan, RMAF Blackhawks turut menghuni Kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksikan finalis edisi lalu MPK Royal Town Warriors bakal bertempur menentang pasukan-pasukan baru iaitu MBSJ Knights dan Pride Greens yang mewakili 
Jabatan Penjara Malaysia. 

Kumpulan B turut dilengkapkan oleh pasukan dari selatan tanah air, MBJB Red Panthera.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video