Lewis Hamilton mempertahankan keputusan untuk membatalkan Grand Prix (GP) Australia ekoran wabak Coronavirus.
Formula Satuk mengumumkan hari ini bahawa perlumbaan pembukaan musim ini itu terpaksa dibatalkan selepas dijadualkan pada Ahad ini di Melbourne.
McLaren terlebih dahulu menarik diri selepas salah seorang daripada staf pasukan didapati positif dalam ujian COVID-19.
Bintang Mercedes dan juara dunia enam kali, Hamilton, yang mempersoalkan perlumbaan ketika sidang media semalam, berkata ia satu keputusan tepat.
"Malangnya, ia keputusan betul," katanya menerusi laman Twitter.
"Tiada siapa mahukan ini tetapi setiap hari ia menjadi sangat serius, melibatkan kematian dan jatuh sakit. Ia juga menjejaskan perbelanjaan dan emosi orang ramai.
"Tiada siapa apa perkembangan seterusnya situasi ini tetapi kami patut mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua orang dalam keadaan selamat.
"Saya tahu ia mengecewakan tetapi sukan menyatukan semua ketika dalam situasi sukar. Ia satu keputusan tepat. Dengar nasihat dan pastikan dalam keadaan selamat.
"Diharapkan dapat kembali berlumba selepas ini tetapi ketika ini, jaga diri anda."
GP Bahrain dijadualkan akan tetap dijalankan secara tertutup pada 22 Mac ini.
Coronavirus kini telah membunuh hampir 5,000 di seluruh dunia selepas hadir daripada lebih 134,000.