SUKAN LAIN
Conor McGregor ludah muka peminat laung nama Khabib
Kontroversi dan Conor McGregor berpisah tiada. Satu video tular yang menunjukkan Conor meludah ke arah seorang peminat.
'The Notorious' sering sentiasa di mata media sejak dirinya tidak lagi aktif bertindak sebagai petinju MMA UFC.
Baru-baru ini, Conor McGregor bertemu dengan seorang pemimat yang mengejek bintang kelahiran Ireland Republik dengan nama musuh ketatnya apabila turun ke gelanggang Octagon. Penyokong itu menyebut nama Khabib Nurmagomedov, yang pernah menewaskan McGregor dalam pertarungan yang penuh kontroversi ketika saingan UFC 229.
Iklan
Video yang tular di X, menunjukkan McGregor berjalan di ruang legar apabila seorang individu melaungkan, "Let's Go Khabib, Let's Go Khabib", ia berjaya menarik perhatian McGregor yang menuju ke arah peminat itu. Bintang UFC itu kemudian meludah ke arah muka individu tersebut dan berkata, "Aku ludah muka kau, kau boleh buat apa?"
Conor McGregor spit in this guys face after he yelled “Let’s go Khabib” 😬“I spit in your face, what you do? Nothing.”#UFC #MMApic.twitter.com/eDSV3FwHL2— Championship Rounds (@ChampRDS) February 3, 2025
Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov adalah musuh ketat antara satu sama lain. Kedua-dua pesaing ini telah menjadi bahan perbincangan komuniti MMA sejak beberapa tahun lalu.
Khabib Nurmagomedov menewaskan Conor McGregor apabila mereka bertemu di UFC 229. Khabib menewaskan Conor di pusingan keempat.
Must-Watch Video