Skip to main content

Sukan Lain

Conor McGregor cedera, tidak bertarung di UFC 303

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2748378.jpg
Conor McGregor tidak akan bertarung di UFC 303 akibat kecederaan, kata Ketua Pgawai Eksekutif (CEO) UFC, Dana White. 

Pengunduran bintang terkenal Ireland itu juga menyebabkan lawannya yang dijadualkan, Michael Chandler, terkeluar daripada senarai untuk acara di Las Vegas, 29 Jun ini.

Begitupun, kecederaan yang dialami oleh McGregor belum diumumkan. 

McGregor, 35, kini sedang bersiap untuk pertarungan pertamanya sejak Julai 2021 apabila tumbang dua pertarungan berturut-turut kepada Dustin Poirier.

Kalio terakhir McGregor menang ialah ketika menewaskan Donald Cerrone pada Januari 2020, sejurus kekalahan kepada Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018.

Advertisement

Must Watch Video