Skip to main content

E-Sukan

Cikugais sasar pacu CG Esports ke MPLMY

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cikgu.jpg
Pasukan yang baru dibentuk iaitu CG Esports berdepan kesukaran untuk menjadi kuasa besar dalam saingan Liga Semi Profesional Mobile Legends Bang-Bang (MALMY) musim ketiga apabila terpaksa melalui kehidupan serba kekurangan sebagai satu pasukan.

CG Esports merupakan pasukan yang dimiliki oleh Muhammad Danial  Fuad atau turut dikenali sebagai Cikugais yang merupakan bekas tonggak penting pasukan Todak yang diangkat sebagai penerima Anugerah Lagenda MPLMY S14 musim lalu.

Cerita kejayaan Cikugais bersama Todak kini tinggal sejarah selepas ddia membuka pasukannya sendiri dengan harapan untuk berada di pentas MPLMY musim ke-16.

Aspirasi CG Esports untuk berada di tahap tertinggi kini bergantung kepada sokongan dana dengan satu aspek yang bakal menentukan sama ada pasukan baru ini sekadar pelengkap jadual atau satu kuasa besar yang baru di kancah MLBB nanti.

"Penubuhan pasukan ini kebanyakan pemain daripada Todak termasuk tiga pemain dan seorang jurulatih, sasaran kami adalah untuk tembus ke MPL kerana juara yang akan mara.

"Setakat ini saya yakin kerana miliki pemain yang berpengalaman." katanya.

Advertisement

Must Watch Video