Skip to main content

Sukan Lain

Chun Yong: Lubnan jadi medan pemilihan akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chun-yong_1.jpg
Senarai akhir pemain futsal lelaki negara akan dimuktamadkan apabila selesai menjalani latihan fasa akhir di Lubnan dari 20 hingga 25 Januari ini untuk menghadapi Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Taiwan, bulan depan.

Tiga perlawanan persahabatan telah diatur di sana bagi menilai prestasi akhir pemain sebelum memuktamadkan senarai akhir pemain yang akan menggalas cabaran negara.

Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong, berkata hanya 14 pemain yang akan dipilih membawa cabaran Malaysia dan pastinya bergantung kepada prestasi mereka di Lubnan nanti.

“Kita akan ke sana bagi  persiapan terakhir menjelang kejohanan AFC dan tiga perlawanan persahabatan (menentang Maghribi dan Lubnan) telah diatur bagi menguji kemampuan pasukan.

“Balik dari Lubnan, ada satu lagi perlawanan persahabatan menentang Kyrgyzstan di Kuala Lumpur sebelum ke Taiwan,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Kota Bharu sebagai gelanggang latihan, Chun Yong menjelaskan ia sebahagian daripada perancangan pihak pengurusan untuk menyuntik motivasi dan semangat juang pemain.

“Cukup baik kerana pemain dapat keluar daripada kebiasaan dan memberikan lebih suntikan motivasi untuk kejayaan pasukan. Saya sering ingatkan pemain bukan datang bercuti, sebaliknya memaksimumkan pogram latihan selama enam hari di sini," ujarnya.

Untuk rekod, skuad futsal kebangsaan sedang berkampung di Kota Bharu selama enam hari bermula Isnin lalu dan telah mengatur dua siri perlawanan persahabatan menentang dua pasukan tempatan.

Advertisement

Must Watch Video