KL2017
Chinlone: Malaysia raih gangsa acara same stroke
Skuad chinlone menambah koleksi pingat gangsa apabila menduduki tempat ketiga disiplin same stroke dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.
Malaysia berkongsi gangsa dengan Laos selepas kedua-dua pasukan mengumpul 182 mata dalam pusingan round robin, sekaligus gagal merebut dua slot di peringkat akhir.
Emas menjadi milik Myanmar dan perak dimenangi Thailand selepas ia ditentukan dalam final.
Sementara itu, dalam disiplin linking, Malaysia muncul juara selepas menewaskan Filipina dengan 391 berbalas 271 mata.
Selain linking dan same stroke, dua lagi disiplin lain yang dipertandingkan adalah non-repetition primary dan non-repetition secondary.