Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Penang Black Panthers langkah kanan di Nilai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Penang Black Panthers bermula langkah kanan di Grand Prix Negeri Sembilan selepas menewaskan Kelantan Warriors 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Stadium N9 Arena, Nilai, sebentar tadi,

Kelantan diperkuatkan Ikhwan Syafiq (tekong),  Zulfikri Wajawwa (pengumpan) dan Pichet Pansan (perejam), manakala, Penang pula diperkuatkan Imran Fazli (tekong), Danial Iman (pengumpan), dan Rusdi (perejam).

Penang mendahului dengan kemenangan dalam set pertama dengan corak pertahanan kemas yang dipamerkan selepas kerap menangkis asakan yang dirancang Kelantan yang diketuai Pichet Pansan untuk menang 15-11.

Begitupun, anak buah Suhairi Nordin kembali memperkemaskan permainan untuk mengungguli set kedua dengan kemenangan 15-11 dalam tempoh 26 minit.





Set penentuan bermula sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga terikat 7-7, namun kelebihan berpihak kepada Penang 17-16 yang beraksi dengan lebih baik untuk meraih kemenangan pertama di GP Nilai.
 

Advertisement

Must Watch Video