Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL Champions Cup: Sah! 10 pasukan lokal, antarabangsa berentap di Seremban

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumali.jpg
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, mengesahkan sebanyak 10 buah pasukan akan berentap dalam saingan CelcomDigi STL Champions Cup 2025, yang dijadualkan berlangsung di Karisma Arena, Seremban dari 3 hingga 7 September depan.

Menariknya, musim ini turut membabitkan penyertaan lima buah pasukan luar negara dengan masing-masing dari Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan India, di samping lima pasukan terbaik berdasarkan ranking Premier, Liga Sepak Takraw (STL) yang bakal merebut gelaran juara.

Untuk rekod, Negeri Sembilan Antlers muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi Kuala Lumpur (KL) Thunder di pentas final, musim lalu.

 

"Berbanding tahun lalu, kali ini penambahan dua pasukan menjadikan keseluruhan 10 skuad campuran tempatan dan antarabangsa.

"Sudah tentu kami mahu menganjurkan kejohanan yang baik daripada segi pengurusan dan mengurangkan risiko kontroversi dan mengelak perkara-perkara lain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, memaklumkan seramai 10 orang pengadil dari Malaysia dibantu lima pengadil dari Singapura, Korea Selatan, India, Thailand dan Indonesia bakal diberikan tanggungjawab mengadili perlawanan kejohanan berprestij itu.

"Saya percaya ia akan memberikan lonjakan luar biasa.

"Saya menyeru peminat sepak takraw negara untuk hadir dan memberikan sokongan penuh kepada penganjuran ini," katanya di Nadi Arena.
Redoxon

Kekal Aktif, Terus Berkembang

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu sokong pertahanan badan supaya anda sentiasa bertenaga — dari gelanggang takraw ke aktiviti harian.


Top Up Vitamin Anda

Advertisement

Must Watch Video