Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL 2025: Putrajaya Cyborg sasar empat terbaik STL Division 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

putrajaya-cyborg.jpg
Kehangatan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) musim 2025 semakin dirasai apabila Division 1 akan membuka tirai dua hari lagi di Stadium Tertutup Sukpa Pahang dengan 12 pasukan akan berentap dalam misi mencuri slot ke premier.

Nadi Weekend edisi Ahad turut menjemput dua pemain Putrajaya Cyborg, Aiman Khushairi, di posisi tekong dan apit kiri, Ahmad Ammar, bersama pengurus pasukan, Shahzan Ismail, untuk berkongsi persiapan mereka menjelang Division 1.

Ammar dan Aiman yang kini beraksi buat kali kedua bersama Putrajaya Cyborg berkongsi yang persiapan untuk edisi kalini lebih rapi bersama Cyborg memandangkan latihan bermula lebih awal dan pemain juga rata-ratanya berada di Lembah Klang untuk berlatih bersama. 

Pengurus pasukan, Shahzan, juga berkongsi bahawa berbanding sebelum ini, pemain terpaksa beraksi berterusan selepas Sukan Malaysia (Sukma), jadi mereka agak keletihan. Tetapi berbeza dengan musim baru ini apabila mereka boleh memberi komitmen sepenuhnya.







Apabila ditanya mengenai pasukan yang paling digeruni, kedua-duanya menyatakan Melaka Titans membuat kejutan apabila mendapatkan pemain berepngalaman seperti Syahir Rosdi dan Azlan Azlias untuk melonjakkan kedudukan mereka ke premier. 
Namun, itu juga satu peluang buat pasukan lain menonjolkan prestasi yang baik jika berdepan dengan pasukan yang mempunyai pemain lebih berkualiti.

“Untuk Division 1, kita tengok pasukan lain pun hebat seperti Melaka denga dengan ada pemain Malaysia, tetapi itu bagus untuk pemain-pemain muda ini. 

"Kita sasarkan dah tentu untuk Putrajaya kembali ke premier, sebab selalunya memang kita di sana. 

"Jadi, kita mula balik dari bawah dan harap pemain dapat memberikan yang terbaik untuk naik ke premier tetapi paling tidak pun, menjadi 4 pasukan terbaik”, katanya. 

Untuk rekod, Putrajaya Cyborg akan memulakan aksi mereka di division 1 berdepan tuan rumah Pahang Mammoth sebelum bertemu satu lagi pasukan di kumpulan B iaitu Perlis Vipers.
 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video