CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini melancarkan Arena CelcomDigi, satu inisiatif baru yang diwujudkan bagi mempromosikan gaya hidup aktif serta berfungsi sebagai platform penyatuan yang menghubungkan rakyat Malaysia menerusi sukan.
Melalui Arena CelcomDigi, syarikat ini menyasarkan peningkatan kesedaran mengenai kepelbagaian sukan daripada pelbagai disiplin, memupuk bakal atlet dengan peluang untuk pendedahan di tahap kebangsaan mahupun antarabangsa selain meningkatkan penyertaan orang ramai.
Ketua Pekhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, berkongsikan: "Arena CelcomDigi adalah bagi menghubungkan rakyat Malaysia bagi melangkaui sfera digital dan menyokong usaha aktif mereka.
"Dengan keinginan negara yang semakin meningkat dalam kesihatan dan kecergasan, kami komited untuk membina ekosistem sukan yang inklusif dan mampan serta dalam memperjuangkan bakat masa depan.
"Bersama-sama dengan rakan kongsi kami, kami turut teruja untuk menyerlahkan peluang sukan dalam negara selain memberikan peluang buat masyarakat Malaysia untuk turut serta mengambil bahagian dalam sukan pilihan mereka." katanya.
Untuk memulakan inisiatif ini, CelcomDigi telah mengenal pasti tiga sukan untuk diberikan dorongan pada 2025 - E-sukan, Pickleball dan boling padang.
Untuk E-sukan, CelcomDigi akan memperkasakan Pickleball menerusi perkongsian bersama ESM Pickters Club, melancarkan klinik kejurulatihan, program jangkauan komuniti dan kejohanan serantau untuk menjadikan sukan ini lebih mudah untuk diakses.
Selain itu, CelcomDigi juga menyokong sukan boling padang, di mana Malaysia memegang status selaku ranking nombor satu dunia, melalui kerjasama bersama Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM).
Kerjasama ini bakal memacu inisiatif melibatkan sekolah, klinik komuniti dan program latihan khas bagi mengekalkan serta perkembangan sukan ini.
Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai sukan ini - termasuk klinik kejurulatihan, kem latihan dan kejohanan komuniti - boleh mengikuti halaman Facebook, Instagram dan TikTok rasmi CelcomDigi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Nantikan maklumat lanjut serta butiran pendaftaran dan peluang eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi secara eksklusif.