Rick Carlisle memuji gandingan mantap Luka Doncic dan Kristaps Porzingis selepas Dallas Mavericks menang kali keempat berturut-turut.
Doncic (46 mata, 12 assist dan lapan rebound) dan Porzingis (36 mata dan tujuh rebound) memimpin Mavericks mengatasi New Orleans Pelicans 143-130 sebentar tadi.
Ia merupakan kali pertama dalam sejarah NBA gandingan bukan kelahiran Amerika Syarikat memperoleh lebih daripada 35 mata dalam satu perlawanan.
Carlisle memuji gandingan itu selepas Mavericks memperbaiki 13-14 untuk menghuni tangga ke-11 Western Conference.
"Mereka pemain penyerang yang berkualiti. Mereka sangat unik, beraksi cemerlang bersama," kata ketua jurulatih Mavericks itu.
"Mereka mempamerkan gandingan yang mantap. Hantaran, gerakan semuanya tepat membenarkan pasukan mendapatkan rentak."

Made it rain, got the W ?#MFFL | @Chime pic.twitter.com/XmoLKT9bHt
— Dallas Mavericks (@dallasmavs) February 13, 2021