Skip to main content

Tenis

Camila Giorgi cipta kejutan final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giorgi.jpg
Pemain bukan pilihan, Camila Giorgi, sekali lagi mencipta kejutan dengan menjadikan Karolina Pliskova sebagai mangsa seterusnya untuk menawan Terbuka Bank Nasional, pagi tadi. 

Pemain di ranking ke-71 dunia itu mencatat kemenangan straight set untuk merebut gelaran perseorangan ketiga sepanjang kariernya.




Dia sempat mengalahkan Pliskova dalam tiga bulan terakhir menerusi Kejohanan Viking Antarabangsa serta Sukan Olimpik Tokyo, dan kali ini melakukannya di Montreal pula menerusi catatan 6-3, 7-5.

Giorgi, yang tidak pernah memenangi sebarang gelaran bertaraf 250 mahupun di gelanggang keras terbuka, kini unggul dalam 16 daripada 20 perlawanan terakhirnya sepanjang kempen 2021 yang mengagumkan.

Dia hanya melepaskan satu set sepanjang minggu ini dan akan kembali di kedudukan ke-35 terbaik dunia buat pertama kalinya sejak Mei 2019 yang menyaksikannya mengecapi kejayaan pertamanya dalam Terbuka Linz pada Oktober 2018.




 

Advertisement

Must Watch Video