'Sasaran utama ke pentas Jelajah ATP', itu matlamat peribadi John Caleb selepas menewaskan Caeus Tan di final pusingan ketiga Kejohanan Tenis Monthly Medal Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Caleb juga pernah mewakili negara di Kejohanan Pra-kelayakan Remaja Dunia di Colombo dan hanya sekadar peringkat kumpulan.
Pemain kebangsaan bagi kategori B14 tahun itu juga menjadikan Nick Kyrgios sebagai idolanya selepas melihat kehebatannya di gelanggang.
"Saya berasakan sangat gembira kerana dapat menyertai kejohanan ini. Ia merupakan final yang sukar," kata Caleb.
"Saya berharap untuk beraksi dalam saingan Jelajah ATP serta layak beraksi di pentas Sukan SEA."
Rata-rata ibu bapa yang hadir di Kejohanan Tenis Monthly Medal pusingan ketiga anjuran KLLTA, mengharapkan kejohanan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun bagi mengekalkan momentum prestasi pemain-pemain muda sekali gus melayakkan mereka ke peringkat tertinggi.
Seramai 120 peserta secara keseluruhan termasuk dari beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam acara kategori B8 sehingga 18 tahun.