OLAHRAGA
Cahya Mata Sarawak Super Series: Penganjuran saingan buka peluang ketengah bakat baru, medan cari atlet pelapis negara
Terbuka Pahang Cahya Sarawak Mata Super Series III bakal memasuki pusingan ketiga dan dua pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Jonathan Nyepa nyata berada di kelas tersendiri selepas mengungguli dua kejohanan sebelum ini.
Atlet yang mesra disapa 'Adik' itu, mengakui inisiatif penganjuran Super Series kali ini banyak memberi ruang kepada pelapis muda malah, mampu memberikan cabaran kepada yang hebat kepada atlet lain.
Atlet kelahiran negeri Sarawak, Jonathan Nyepa, menganggap persaingan daripada kawan baik, Haiqal Hanafi, sebagai satu solusi untuk memperbaiki kiraan kearah yang lebih baik.
Iklan
Penganjuran kali ini diiktiraf oleh World Athletics jadi, ia boleh mengetengahkan bakat-bakat lain untuk lebih menyerlah dan mengambil peluang untuk tonjolkan kebolehan masing-masing, seterusnya menjadi atlet pelapis kepada skuad olahraga negara.
Must-Watch Video