Skip to main content

Sukan Lain

Cahya Mata Sarawak Super Series: Giliran 200m menjadi milik Danish Iftikhar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga.jpg
Permata baru olahraga negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, sekali lagi mengukir nama dalam kalangan pelari kebangsaan selepas mencatat kejuaraan berganda apabila mendominasi acara 200 meter (m) lelaki dalam Kejohanan Cahya Mata Super Series di Stadium Merdeka, hari ini.

Danish yang mengenepikan Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa dalam 100m, mengulangi kejayaan meraih pingat emas susulan mencatatkan 21.79 saat (s). 

"Saya bukan melambatkan larian. 




"Saya mahu mengelak daripada sebarang kecederaan berlaku," katanya. 

Sementara itu, atlet pecut wanita negara, Nur Aishah Rofina Aling, turut melakar sensasi dengan mengejutkan seteru utama, Nur Afrina Batrisyia, dengan kelajuan 24.68s acara 200m, sekali gus memadam rekod peribadi ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Tuaran, Sabah.

Advertisement

Must Watch Video