Sensasi pelari jarak sederhana negara, Fakrul Afizul, sepanjang musim 2024 berjaya membuka lembaran baru dalam kariernya apabila 'sebelah kaki' untuk berada dalam Program Podium.
Pelari berusia 20 tahuN itu berada dalam Program Pelapis Kebangsaan dan rekod sempurnanya sepanjang tahun ini menarik perhatian Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Senario ini seiring dengan reaksi Pengarah Teknikal (KOM), Robert Ballard, sebelum ini yang memberi bayangan bakal mempertaruhkan muka baru untuk diserap ke Program Podium nanti.
"Saya rasa dia punyai peluang yang baik, kami perlu berbincang bersama MSN dan jika badan induk itu setuju maka dia akan sertai Program Podium.
"Selepas Sukma dan Kejohanan Cahya Mata Super Series kami teruja untuk membawa masuk atlet baru yang berpotensi. Kami mahu terus kembangkan bakat atlet." katanya.
Credit Photo: KOM
Aleqha Zainal
Mon Nov 18 2024