Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Fakrul Afizul sasar Program Podium
Saufi Tahir
November 17, 2024 21:37 MYT
November 17, 2024 21:37 MYT
Pelari berusia 20 tahun kelahiran Kelantan, Muhammad Fakrul Afizul Nasir, mengukir sejarah apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam acara kegemarannya iaitu 400m berpagar dengan catatan 51.11 saat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Malah, stadium ikonik itu sekali lagi menghadirkan keceriaan buat Fakrul yang kekal cemerlang meraih pingat emas sekali gus melengkapkan penampilan sempurna dalam semua siri Cahya Mata termasuk Terbuka Malaysia sebelum ini.
Secara peribadinya, atlet berusia 20 tahun itu menzahirkan hasrat untuk berada dalam program podium pada tahun depan.
"Pertama sekali ia adalah kenangan manis selepas dapat pecahkan rekod di Sukma, di stadium yang sama. Ini kali kedua saya datang ke stadium ini dan kali ini dapat meraih juara keseluruhan Super Series.
"Muncul juara keseluruhan adalah satu keistimewaan dan kenangan di stadium ini. Saya berharap dapat diserap masuk dalam Program Podium. Itu adalah cita-cita saya untuk lakukan yang terbaik dan sasarkan mara ke Sukan SEA nanti." katanya.