Cabaran Kuda Merah Muay Thai: Tali Pinggang SitiNurhaliza lahirkan srikandi tinju
Shaiful Shamsudin
Februari 25, 2024 19:13 MYT
Februari 25, 2024 19:13 MYT
Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin, di tengah gelanggang menjadi kemuncak penyeri kepada Kejohanan Cabaran Kuda Merah Muay Thai 2024 di Stadium Titiwangsa, malam tadi.
Tokti merupakan antara tulang belakang dalam usaha mencungkil bakat muda menerusi pertarungan merebut gelaran Tali pinggang SitiNurhaliza dan dia sendiri menyerahkan tali pinggang kepada buat Damia Khaulah -- yang mewakili Combat of Shadow Muaythai Club Johor -- setelah menewaskan ke atas Raja Izaty (Head Hunter Perak).
Dalam masa sama, beberapa kelas pertarungan juga masih berlangsung pada hari ini.