Skip to main content

Sukan Lain

Cabaran Jaguh Rakan Muda semakin sukar!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

firdaus-rahmat-mat-redho.jpg
Program belia negara, Jaguh Rakan Muda, yang sudah pun mula bersiaran di Astro Ria sejak 10 November lalu -- setiap hari Isnin -- kini bakal memperkenalkan cabaran dalam bentuk pasukan.

Dalam nadi arena edisi semalam, hos program Jaguh Rakan Muda, Mat Redho, dan salah seorang peserta, Firdaus Rahmat, berkongsi tentang perbezaan cabaran yang bakal dihadapi. 

 
Berbeza dengan episod pertama, ia hanya berbentuk individu iaitu peserta dikenakan dua cabaran : ‘BikeErg’ selama 10 minit (kiraan berdasarkan jarak dalam masa 10 min) dan ‘DeadHang’ seberapa lama yang boleh.

“Sebelum ini, saya rasa cabaran ‘DeadHang merupakan yang paling sukar setakat ini kerana kita tak dapat menjangkakan berapa lama orang lain akan bertahan. 

"Kalau berbasikal kita boleh set mental selama 10 minit tetapi deadhang memang ketahanan memtal jadi aspek utama," itu yang dikongsikan Firdaus dalam cabarn sebelum ini.

Tetapi yang lebih menarik adalah cabaran berkumpulan pula selepas ini. 

Bukan sahaja kekuatan yang memainkan peranan tetapi juga kecergasan minda kerana setiap kumpulan harus membina strategi masing-masing untuk melepasi cabaran atau halangan yang ditetapkan.

Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episode kedua Jaguh Rakan Muda yang akan berlangsung Isnin, 17 November di saluran 104 Astro Ria untuk mengetahui juara minggu ini juga dalam misi mencari belia yang paling cergas di Malaysia yang bakal membawa pulang hadiah lumayan RM100,000!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video