Jenson Button percaya Daniel Ricciardo adalah seorang yang bertuah dan mahu menyaksikan pemandu Red Bull itu menyertai Ferrari musim depan.
Ricciardo berada dalam tahun terakhir kontraknya bersama pasukan dan telah berbincang mengenai masa depannya.
Pemandu berusia 28 tahun itu menafikan laporan bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan Ferrari tetapi juara Formula Satu 2009, Button, mahu melihat Ricciardo mengemudi Scuderia.
"Saya menjangkakan dia memiliki peluang untuk menyertai Ferrari, berkemungkinan bersama Mercedes dan Red Bull. Ketiga-tiganya adalah pasukan terhebat dalam saingan ini," kata Button.
"Tiada siapa yang memiliki peluang sepertinya dan dia sangat bertuah dalam situasi ini. Dia perlu mengikut gerak hati dan memilih pasukan yang sesuai dengannya.
"Secara peribadi, saya mahu melihat Ricciardo menyertai Ferrari," ujarnya.
Button berkata dia memahami mengapa pemandu kelahiran Australia itu tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai masa depannya.
"Dia tidak mahu melakukan keputusan terlalu lewat tetapi tidak mahu melakukannya terlalu awal. Saya melihat dia mahu menyaksikan pasukan mana bakal bersaing hebat pada penghujung musim ini.
"Tahun depan bakal menjadi saingan yang berbeza dan siapa yang tahu pasukan manakah yang bakal mampu mendominasi saingan?"