Skip to main content

Sukan Lain

Buda Anchah mahu tebus kekecewaan lalu selepas raih dua emas Kejohanan Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

buda-anchah.jpg
Buda Anchah mahu memadamkan kekecewaan yang dialaminya dalam Sukan SEA Vietnam pada Mei lalu selepas meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Asia di Maldives kelmarin.

Atlet berusia 50 tahun merangkul pingat emas kategori 68 kilogram dan kategori Masters di Maldives, sekali gus memberikan gambaran bahawa dia akan menebus kehampaan sekadar memenangi pingat perak di Hanoi menjelang Sukan SEA Kemboja tahun depan.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, dia berkata: "Kemenangan ini amat bermakna buat saya kerana banyak rintangan dan halangan yang perlu dihadapi sepanjang melakukan persiapan.

"Sewaktu berada dalam pandemik COVID-19, latihan saya amat sukar memandangkan kebanyakan gimnasium sepanjang waktu itu ditutup dan saya terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk berlatih di rumah dengan meminjam peralatan daripada gimnasium," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video