Skip to main content

MMA

Brock Lesnar digantung setahun oleh USADA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lesnar-banned-for-one-year-by-usada.jpg

Brock Lesnar dikenakan penggantungan setahun oleh Agensi Anti-Dadah Amerika Syarikat (USADA) selepas didapati positif bahan terlarang dalam dua acara.

Atlet berusia 39 tahun itu menewaskan Mark Hunt dalam pertarungan UFC 200 menerusi keputusan sebulat suara pengadil, Julai lalu.

Namun, dia kemudiannya didapati positif bahan terlarang, sekaligus digantung setahun oleh USADA.

Penggantungan Lesnar bermula 15 Julai 2016 dan akan berakhir Julai tahun ini.

USADA mengesahkan Lesnar didapati positif clomiphene dan hydroxyclomiphene selepas menjalani pemeriksaan pada 28 Jun 2016 dan 9 Julai 2016 dalam UFC 200.

Suruhanjaya Sukan Daerah Nevada (NSAC) telah pun menganugerahkan kemenangan Lesnar kepada Hunt di samping menyaman alet UFC dan WWE itu sebanyak USD250,000 bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video