Bintang perkasa yang kini sedang mendominasi arena WWE, Braun Strowman mungkin terpaksa menghentikan seketika segala aktiviti ganasnya dalam gelanggang.
Ini kerana laporan terbaharu menyebut yang bintang berusia 33 tahun itu dikatakan telah mengalami kecederaan bahu dan perlu menjalani pembedahan kecil dengan segera. Walaupun ia hanyalah sekadar prosedur minor, namun Strowman atau nama sebenarnya Adam Scherr, mungkin terpaksa berehat dalam tempoh empat ke lapan minggu untuk pulih sepenuhnya.
Situasi terkini ini pastinya akan memeningkan kepala pasukan kreatif Raw kerana Strowman adalah aset penting jenama itu buat masa ini. Ketiadaan Strowman sudah tentu akan menyebabkan pelbagai rombakan terhadap perjalanan jalan cerita sengketa yang telah digariskan untuk bintang dengan ketinggian 2.03 meter tersebut.
Setelah berjaya mempamerkan aksi cemerlang sejak bergerak solo tahun lalu, Strowman menjadi bintang jahat berhaluan kiri kegemaran Vince McMahon. Justeru, tidak hairanlah Strowman sering diletakkan di segmen serta perlawanan kemuncak acara mingguan Raw dan PPV bulanan WWE.

Atas kejayaannya membenam Roman Reigns di acara Payback bulan lalu, nama Strowman telah disebut-sebut sebagai calon pencabar utama Kejuaraan Universal yang kini disandang Brock Lesnar. Sumber dalaman juga telah mendedahkan yang janji temu antara Strowman - Lesnar akan mengambil tempat di acara WWE Great Balls of Fire pada Julai depan.
Jika Strowman tidak dapat beraksi, secara automatik bintang lain akan mendapat peluang untuk menggalas tanggungjawab terbabit. Barangkali nama seperti Bray Wyatt yang merupakan bekas Juara WWE dan mentor Braun boleh mengisi kekosongan slot yang ditinggalkan Strowman.
Tak kisahlah siapa pun. Asalkan bukan Roman.

Bercakap tentang kecederaan bahu, seorang lagi bintang turut tidak bernasib baik apabila menerima nasib yang sama. Emma, bintang sensasi yang mencetuskan kontroversi dengan gimik Emmalina yang tidak menjadi awal tahun ini, telah mengalami kecederaan bahu yang agak serius semasa perlawanan jelajah Eropah yang berlangsung minggu ini.
Semasa perlawanannya dengan Sasha Banks mengambil tempat, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan kerana mengesyaki sesuatu yang tidak kena kepada Emma yang terbaring di lantai gelanggang sambil memegang bahu kanannya. Pengadil lantas menunjukkan isyarat tangan 'X', menandakan yang pasukan perubatan perlu tampil segera untuk memberi rawatan kecemasan untuk bintang kelahiran Australia itu.
Emma melalui catatan di Twitter telah mengulas tentang kecederaan tersebut:

Referee threw up the X for @EmmaWWE at #WWELiverpool? pls pic.twitter.com/ox0hJ4p5IK
— Connor (@Connor19O3) May 7, 2017
Semasa perlawanannya dengan Sasha Banks mengambil tempat, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan kerana mengesyaki sesuatu yang tidak kena kepada Emma yang terbaring di lantai gelanggang sambil memegang bahu kanannya. Pengadil lantas menunjukkan isyarat tangan 'X', menandakan yang pasukan perubatan perlu tampil segera untuk memberi rawatan kecemasan untuk bintang kelahiran Australia itu.
Emma melalui catatan di Twitter telah mengulas tentang kecederaan tersebut:
Just a little unlucky ?
— EMMA (@EmmaWWE) May 8, 2017
Thanks for all the messages. Waiting to see what it is... ???
Kane semakin hampir untuk bergelar Datuk Bandar

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat kita saksikan beberapa bekas ahli gusti terkenal beralih arah dengan memberi tumpuan kepada karier yang kurang memberi azab kepada tubuh badan mereka. Antaranya seperti menceburi bidang politik.
Terbaharu, bekas Juara Heavyweight Dunia WWE yang terkenal dengan gelaran Jentera Merah Perkasa, Kane turut mengumumkan yang beliau akan bertanding sebagai calon Datuk Bandar bagi daerah Knox County, Tenesse.
Kane yang kini sedang aktif berkempen turut mendapat sokongan daripada ahli Kongress Amerika Syarikat, Senator Rand Paul. Paul secara terbuka memuat naik catatan di Facebook sambil menyatakan keyakinan terhadap Kane yang ingin menceburi dunia politik.
"Sahabat saya Glenn Jacobs bukan sahaja mencipta nama untuk dirinya di dunia WWE, malah beliau telah bertahun-tahun telah mencurah idea dan tenaga sebagai aktivis masyarakat dalam memperjuangkan pelbagai isu kebebasan dan hak untuk memberikan persekitaran yang lebih baik kepada umum.
Dengan falsafah pro-liberty yang dipegangnya, beliau sering menyuarakan pendapatnya tentang pendidikan, ekonomi, cukai dan pelbagai isu lain. Inilah individu yang diperlukan dalam arena politik. Tidak syak lagi, Glenn adalah calon pilihan yang terbaik untuk menduduki kerusi Datuk Bandar di Knox County," tulis Paul.

Di luar WWE, Kane memang diakui dan terkenal sebagai seorang penganalisis politik dan isu-isu kemasyarakatan di Amerika Syarikat. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ucapan serta sering menjadi panelis dalam pelbagai forum berkaitan ekonomi dan politik serta dianggap sebagai antara tokoh yang disegani.
Walaupun ganas dan menakutkan dalam gelanggang, Kane ternyata seorang yang cakna dengan isu semasa dan sanggup 'bergusti' menentang segala kelemahan dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan di Amerika Syarikat. Inilah contoh yang boleh kita teladani dalam usaha menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.