Skip to main content

Tenis

Brady kecapi kejayaan pertama Jelajah WTA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brady.jpg
Jennifer Brady meraih gelaran Jelajah WTA buat julung kalinya selepas mengetepikan cabaran Jil Teichmann 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Top Seed, awal pagi tadi. 

Kedua-dua pemain itu memasuki gelanggang tanpa tercicir sebarang set dalam laluan ke final di Lexington itu, tetapi salah seorang pasti akan berdepan kekecewaan sebelum Brady muncul pemenang di tanah air sendiri. 

Persembahan meyakinkan dalam set pertama menyaksikan Brady meraih empat 'break point' untuk mendahului permainan 4-3 sebelum menenggelamkan Teichmann dalam set berikutnya untuk terus menguasai permainan. 

Dia terus bertahan tetapi berdepan servis mengecewakan ketika menghampiri kejayaan, namun dua kesilapan lawan membenarkannya  Brady kekal mendahului. 

 

Brady kemudian mematahkan servis Teichmann dalam game pertama set kedua dan ia terbukti penting buatnya merintis kejayaan. 

Teichmann juga turut memiliki peluang, khususnya ketika mendahului 4-3 dalam set kedua, tetapi keberkesanan servis Brady terbukti berharga untuknya mengecapi gelaran pertamanya dalam Jelajah WTA. 

Advertisement

Must Watch Video