Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, muncul individu penerima ganjaran tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan membawa pulang sejumlah RM1.2 juta.
Meskipun mencatatkan rekod dunia baru dengan angkatan seberat 232kg dalam Sukan Paralimpik Paris 2024, atlet kelahiran Sarawak itu enggan menoleh ke belakang sebaliknya terus memburu emas pada edisi seterusnya di Los Angeles 2028.
"Saya sudah memasang impian untuk meraih emas ketiga paralimpik tetapi saya ingin fokus terlebih dahulu dalam Kejohanan Dunia tahun depan sambil mahu mengekalkan ranking di tempat pertama," katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, turut menyampaikan wang tunai RM200,000 kepada gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turut menghadiahkan pingat gangsa dalam kejohanan paling berprestij itu.
Sementara itu, SHAKAM turut menghadiahkan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, RM1 juta sempena pencapaian yang membanggakan meraih pingat emas Sukan Paralimpik Paris yang menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho.