SUKMA

Bonnie Bunyau terima ganjaran RM500,000 harum nama Malaysia, Sarawak

Saufi Tahir 23/09/2024 | 03:06 MYT
Atlet angkat berat Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin, menerima ganjaran RM500,000 daripada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Paralimpik Paris 2024.
Dia memecahkan rekod dunia miliknya sendiri sekali gus mempertahankan pingat emas dalam acara powerlifting ketika di edisi Tokyo 2021 dengan angkatan baru 232kg di Paris.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia diberikan penghormatan sebagai pemegang obor ketika Majlis Pembukaan Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, malam tadi.
#Para Sukma #Bonnie Bunyau
;