Skip to main content

Sukan Lain

Bolt raih kemenangan ke London

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

22717usainbolt.jpg
Usain Bolt menuju ke Kejohanan Olahraga Dunia IAAF di London bulan depan dengan berbekalkan kemenangan dalam acara 100 meter dalam saingan Liga Berlian di Monaco, semalam.

Bolt melakukan catatan terpantas buat musim ini, 9.95 saat, untuk menewaskan Isiah Young dan Akani Simbine di Stade Louis II.

Pelari dari Jamaica itu lambat meninggalkan blok permulaan sebelum meninggalkan pelumba lain untuk meraih kemenangan buat kali terakhir dalam kejohanan tersebut.

Selepas bergelut dengan kecederaan belakang musim ini, kemenangan pada Jumaat memberikan satu lonjakan buat Bolt yang bakal bersara selepas tamat Kejohanan Dunia di London.

Advertisement

Must Watch Video