Skip to main content

Sukan Lain

Bolt kecewa tidak dapat bersaing dengan Van Niekerk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

usainbolt-cropped_tpd4e47pipyv11ak38etllzsu.jpg
Usain Bolt menafikan dakwaan bahawa dia akan bersara kerana takut dengan pemegang rekod dunia 400 meter, Wayde van Niekerk, sebaliknya kecewa dengan hakikat dia tidak dapat bersaing dengan pelari itu.

Bolt bersedia untuk memutuskan kerjaya pecutnya di mana dia memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik -- melepaskan satu emas dalam Sukan Olimpik 2008 kerana rakan sepasukan, Nesta Carter, melakukan kesalahan doping -- menyatakan hasrat akan bersara selepas Kejohanan Dunia bulan depan.

Dia hanya akan beraksi dalam 100m dan 4x100m di London, dengan Van Niekerk, yang memecahkan rekod dunia 400m milik Michael Johnson dalam Sukan Olimpik Rio tahun lalu, bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara 200m yang dikuasai Bolt.

Ditanya dalam sidang media sebelum pertemuan Liga Berlian di Monaco, Sabtu ini, sama ada dia takut kepada Van Niekerk, Bolt menjawab: "Pasti tidak, anda tahu saya selama bertahun-tahun, saya tidak pernah lari daripada cabaran.

"Saya fikir ia adalah perkara yang paling mengecewakan dalam kerjaya saya sekarang bahawa dia datang pada peringkat akhir ini (kerjaya), saya tidak dapat bersaing dengannya.

"Saya fikir dia adalah salah seorang pelari yang terbaik sekarang. Dia benar-benar yakin dan dia benar-benar bekerja keras.

"Saya melihat dia berlatih kerana dia sudah datang ke Jamaica dan saya melihat tahapnya. (Tetapi) Saya tidak pernah takut, saya hidup untuk bersaing. (Tetapi) sudah terlambat sekarang, saya pada akhir kerjaya saya sekarang, kita tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku. "

Ditanya mengapa dia bersara pada umur 30 tahun, Bolt berkata: "Saya telah melakukan semua yang saya boleh lakukan dalam sukan ini.

"Saya selalu beritahu kamu bahawa saya telah menguasai selama bertahun-tahun, saya bertanya kepada Michael Johnson -- kerana saya terkejut apabila saya mendengar dia bersara -- 'mengapa kamu bersara ketika kamu menguasai begitu banyak?'

"Dan dia berkata, 'saya telah melakukan semua yang saya mahu lakukan, saya telah mencapai semua matlamat saya.' Dan itulah yang saya rasa pada masa ini, jadi saya memutuskan ia adalah masa yang tepat."

Advertisement

Must Watch Video