Berada di puncak karier membuat pelari terpantas dunia, Usain Bolt, mengakui dia teruja untuk menamatkannya dengan penuh bergaya.
Selepas mengharungi permulaan karier yang hebat, pelari Jamaica itu berjaya memecahkan rekod dunia pada tahun 2008 di bawah tunjuk ajar jurulatih, Glen Mills.
Dia mencatat masa 9.72 saat ketika kali pertama mencipta rekod baru sebelum berjaya mengekalkan catatan 9.58 saat sehingga hari ini untuk terus bergelar raja pecut dunia.
Bagaimanapun, Bolt mencetuskan kejutan apabila mendedahkan dia menyasarkan untuk mencipta kejayaan dalam acara 200 meter.
“Bagi saya, ia adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya memenangi pertaruhan dan bersaing dalam acara 100m dan hanya melakukannya kerana ia jarak yang dekat. Saya sentiasa mahu beraksi dalam acara 200m,” kata Bolt.
“Kira-kira enam atau tujuh bulan selepas menyertai 100m, saya berjaya memegang rekod dunia dan saya sendiri tidak faham.
“Selepas aksi di Beijing, orang ramai memanggil saya legenda tetapi saya menafikannya kerana ia adalah aksi pertama.
“Selepas kali kedua melakukannya di London, saya mula mengakuinya,” tambahnya.
Bolt akan beraksi dalam acara 100m dan 4x100m buat kalit terakhir dalam kejohanan utama di London bulan ini dan berharap dapat mencipta satu lagi kejayaan dengan kemenangan.