Atlet elit negara, Ahmad Muaz Fisol, meraih kemenangan paling bermakna dalam kariernya apabila buat julung kalinya muncul juara Terbuka Masters kategori lelaki dalam Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia Ke-40, hari ini.
Muaz, yang mendedikasikan kemenangan itu kepada ayahnya, Mohd Fisol Azizan, sempena hari jadi ke-56 semalam -- meraih kejayaan itu selepas menang ke atas Sam Cooley dari Australia, 219-193 jatuhan pin di Sunway Mega Lanes.
Terdahulu, Muaz tewas 214-233 jatuhan pin kepada Cooley dalam cubaan pertama saingan step-ladder, namun selaku pendahulu pusingan kedua final terbuka lelaki, dia mendapat peluang satu lagi perlawanan.
"Ini merupakan kemenangan paling bermakna bagi saya, menang di Malaysia. Saya bangga kerana telah harumkan nama negara. Memang pada cubaan pertama saya gagal tapi selepas itu saya cuba bertenang dan akhirnya ia membuahkan kejayaan.
"Memberi kelegaan bila saya ada satu lagi peluang jika saya kalah perlawanan pertama. Jadi, masa perlawanan kedua, saya buat sebaik mungkin untuk pastikan saya menang," katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah acara berkenaan.
Muaz membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Sementara itu, atlet boling negara yang juga juara bertahan Terbuka Masters kategori wanita, Sin Li Jane gagal mempertahankan gelarannya apabila menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
Li Jane, 27, yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan, tewas kepada atlet Korea Selatan, Sung Gyong Eun, dengan 202-255 jatuhan pin.
"Saya tidak menyesal, sebaliknya gembira walaupun berada di tempat ketiga kerana untuk berada dalam ranking tiga terbaik dalam kejohanan bukan satu perkara yang mudah. Lagipun kejohanan ini memang agak sengit. Mungkin nasib tidak menyebelahi saya kali ini," katanya.
Juara Terbuka Masters kategori wanita menjadi milik atlet Singapura, Charlene Lim, yang mengatasi Gyong Eun dengan 191-166 jatuhan pin.
Charlene menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan trofi.