BOLING
Boling Terbuka Malaysia: Hazirah Ramli komited jalani latihan lima hari seminggu demi buru podium



Atlet boling tenpin muda negara, Nur Hazirah Ramli, sedia untuk melebarkan karier antarabangsanya dealam kejohanan Terbuka Malaysia April depan dilihat sebagai platform untuk menonjolkan bakat sebenar.
Menurut pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 itu, meskipun berpuasa latihan sebanyak lima kali seminggu giat diteruskan sebagai persiapan rapi dengan meletakkan sasaran tinggi untuk menghuni kedudukan podium.
Sementara itu, juara bertahan edisi lalu, Hafiz Zainuddin, tidak menolak kemungkinan merangka strategi baru, namun menegaskan fokusnya utamanya kini terarah kepada memperbaiki jumlah jatuhan pin.
"Sekarang dalam persediaan untuk Terbuka Malaysia dan sedang giat berlatih lima hari seminggu. Banyak negara yang akan bertanding.
"Sasaran tetap sama iaitu lakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran saya." katanya.
Bermain di tempat sendiri dari empat hingga 20 April, Hafiz tidak mahu terlalu memikirkan bebanan yang dipikul, sebaliknya berharap dapat mengekalkan momentum sehingga akhir tahun untuk mencuri hati pengendali, Holloway Cheah dan slot ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
"Bagi saya cabaran mesti akan rasa tegang, pemain dari Singapura dan Hong Kong saya tidak gentar akan itu tetapi saya lebih takut akan pin.
"Jika ke Sukan SEA saya akan lakukan yang terbaik." tambahnya.
Namun, kejohanan dunia akan berlangsung terlebih dahulu pada 24 November di Hong Kong nanti.