Skip to main content

Sukan Lain

Boling tenpin: Skuad berpasukan wanita terus cemerlang sumbang perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-tenpin.jpg
Skuad berpasukan wanita boling tenpin negara terpaksa akur dengan pingat perak dalam Kejohanan Dunia yang di Kuwait.

Berdepan Korea Selatan dalam final hari ini selepas mengatasi cabaran Singapura, sayangnya skuad wanita Malaysia ketinggalan sebanyak tujuh jatuhan pin secara keseluruhan untuk dinobat naib juara.

"Kami bersyukur dapat kekalkan kejuaraan dunia perseorangan.

"Saya bangga dengan rakan sepasukan atas kejayaan pingat perak ini. 

"Kami bekerja keras dari awal hingga frame terakhir," kata Nora Lyana Nastasia Norkamal di Nadi Arena sebentar tadi.

Tambah rakan sepasukannya, Sin Li Jane: "Kami mencapai kejayaan di luar dugaan. 

"Kami membuktikan masih yang terbaik di Asia. 

"Harap kami mampu menyerlah dalam acara seterusnya."

Jumlah empat pingat merupakan satu peningkatan bagi kem negara dalam Kejohanan Dunia selepas tiga pingat dibawa pulang dari Dubai pada 2021 dan Las Vegas (2017).

Emas Natasha Roslan dalam perseorangan wanita juga adalah yang pertama buat Malaysia sejak Jacqueline Sijore pada 2011.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video