SUKAN LAIN
Boling Tenpin Kebangsaan: Siti Safiyah, Tun Hakim sasar pertahan gelaran
Juara Kejohanan Boling Tenpin Kebangsaan edisi 2019, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam, tidak dapat mengelak daripada tertekan untuk mempertahankan gelaran mereka.
Menjelang peringkat akhir esok di Sunway Mega Lanes esok, mereka enggan mensia-siakan kesempatan terhad itu berikutan terjejas akibat COVID-19.
Tiga hari lalu, Siti Safiyah -- yang bergandingan bersama Natasha Roslan untuk mewakili Selangor --menebuskan kehampaan awal apabila dinobatkan sebagai juara selepas dikecewakan dalam acara perseorangan.
Iklan
"Saya hanya mahu berikan yang terbaik dalam final.
"Sasaran saya adalah untuk setidak-tidaknya menamatkan saingan di podium.
"Kami mahu beraksi dengan baik berikutan tidak banyak kejohanan diadakan tahun ini.
"Nampaknya ini peluang tunggal untuk kami menyerlah dalam 2022," kata Siti Safiyah yang turut muncul juara pada 2009.
Atas ketiadaan kejohanan yang kebanyakannya dibatalkan, Tun Hakim mengakui ia sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi tidak menentu sambil berharap dia mampu mengungguli senarai 28 finalis esok.
"Sepanjang kejohanan ini, saya lihat ramai yang mendapat rentak malah ada yang tidak.
"Jadi saya harap dapat beraksi dengan baik," katanya.
Must-Watch Video