BOLING PADANG
Boling padang: Skuad lelaki genggam gangsa
Skuad boling padang negara membawa berita gembira di Gold Coast, Australia, hari ini apabila mengesahkan satu pingat gangsa dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia 2023 bagi acara beregu lelaki menerusi gandingan Soufi Rusli dan Izzat Shameer.
Selepas akur tewas kepada wakil tuan rumah yang juga merupakan juara bertahan dengan keputusan 23-12 dalam separuh akhir, gangsa bermakna kem lelaki negara memecah kebuntuan sejak 2008 bagi menyamai rekod pencapaian keseluruhan Malaysia pada edisi 2016.
Ia juga kali terakhir kejohanan empat tahun sekali itu dianjurkan sebelum wabak COVID-19.
Iklan
"Saya harap pingat ini dapat menaikan semangat kem lelaki dan wanita negara agar tampil lebih cemerlang," kata Soufi.
Wakil negara turut berdepan nasib sama acara fours dan singles wanita yang gagal melepasi saingan kumpulan.
Malah, nasib tidak menyebelahi trio lelaki negara yang terpaksa menelan kepahitan tersungkur di peringkat suku akhir dengan hanya perbezaan satu mata kepada Wales.
Fasa kedua pula bakal bermula Rabu depan dengan empat lagi acara berbaki.
"Kami akan cuba memperbaiki kelemahan dalam pusingan pertama dalam usaha mengatasi pencapaian edisi 2016 sempena sambutan Hari Merdeka Ke-66," kata ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh.
Must-Watch Video