GOLD COAST 2018

Boling padang: Skuad berpasangan lelaki selesa ke suku akhir

Penulis Jemputan 06/04/2018 | 14:52 MYT
Skuad boling padang berpasangan lelaki, Mohd Hizlee Abdul Rais dan Fairul Izwan Abdul Muin, berdepan detik cemas sebelum meraih tiket suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Begitupun, mereka berdepan laluan berliku setelah ketinggalan 6-11 sebelum menang 16-12 ke atas wakil Niue bagi meneruskan kemaraan biarpun masih berbaki satu perlawanan dalam Kumpulan D menentang Scotland pagi esok manakala aksi suku akhir akan diadakan pada sebelah petang.
"Untuk aksi esok, kami akan menampilkan aksi seperti biasa dan cuba membalas dendam kekalahan dalam final di Glasgow 2014 dan meraih kedudukan teratas dalam kumpulan," ujar Hizlee yang memenangi perak dalam acara sama, empat tahun lalu di Glasgow.
Sementara itu, Fairul menghela kelegaannya kerana mengelak kejutan dengan berkata: "Alhamdulillah, walaupun aksi awal agak sukar, kami dapat mengawal rentak permainan dengan mengambil langkah demi langkah untuk mengatasi pihak lawan."
;