Skip to main content

Sukan Lain

Boling padang Malaysia bersinar di pentas Asia! Bawa pulang tujuh pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

plbm.jpg
Skuad boling padang Malaysia takluk Asia!

Suasana gelap gelita di Arena Boling Padang Clark, Filipina tidak menghalang kem kebangsaan meraih kejayaan membolot tujuh pingat emas, dua perak dan satu gangsa, sekali gus mempertahankan gelaran selaku kuasa besar dalam Kejuaraan Boling Padang Asia edisi ke-16. 

Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, turut menjadi saksi kecemerlangan anak buah setelah berkampung hampir dua minggu di Filipina.

"Alhamdulillah, saya berasa bersyukur dan berbangga kerana pencapaian yang diperolehi," katanya di Nadi Weekend.




Gandingan juara dunia dua tahun lalu, Aleena Ahmad Nawawi dan Nur Ain Nabilah, menyifatkan antara faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan pingat emas edisi kali ini adalah sekembalinya sukan boling padang ke dalam Program Podium.

"Ini adalah impak Program Podium yang kami sertai walaupun baru sebulan tetapi persiapan yang dilakukan menghasilkan kemenangan untuk kami," kata Aleena. 

Sementara, buat ketua pasukan, Soufi Rusli, kejayaan kali ini memberikan satu pengiktirafan istimewa buat dirinya yang muncul selaku satu-satunya pemain Malaysia yang merangkul emas dalam setiap kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu sejak mula mewakili negara pada tahun 2008.
 

Advertisement

Must Watch Video