KL2017
Boling Padang: Hizlee harap tuah emas Sukan SEA
Atlet boling padang negara, Hizlee Abdul Rais, mengharapkan kejayaannya meraih pingat emas kategori berpasangan lelaki dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mampu membuka mata semua pihak.
Sebelum ini, dia merangkul gelaran juara dunia dalam acara perseorangan pada tahun 2012, namun tiada siapa yang memberikan perhatian terhadapnya.
Hizlee memenangi gelaran tersebut ketika beraksi dalam Kejohanan Juara-Juara Dunia di Cyprus.
Iklan
Di pentas KL2017, dia memenangi emas acara berpasangan dalam temasya KL2017 selepas bergandingan dengan Fairul Izwan Abdul Muin untuk menundukkan pasangan Filipina 20-13.
"Kami dalam sukan boling padang telah banyak melahirkan atlet bertaraf dunia, saya berharap ia akan membuka mata ramai pihak di Malaysia," kata Hizlee.
Sementara itu, Fairul merekodkan emas ketiganya di pentas Sukan SEA selepas merangkul emas ketika edisi 2005 dan 2007.
Lebih manis, ia merupakan emas pertamanya bersama Hizlee sejak bergandingan pada 2013, sekaligus menebus kekecewaan meraih perak dalam saingan Sukan Komanwel Glasgow 2014.
"Saya mula mewakili Malaysia dalam Sukan SEA pada tahun 2005 dan kali ini bergandingan dengan Hizlee," ujar Fairul.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Must-Watch Video