Insentif pemain menjadi acara utama dalam Majlis Meraikan Atlet Boling Padang Negara yang berlangsung malam tadi.

Dua wakil kebangsaan, Idham Amin Ramlan dan Aleena Nawawi, terpilih untuk ke Kejohanan Dunia B-25 di Scotland berikutan pencapaian memberangsangkan di dalam Kejohanan Dunia di Australia, minggu lalu.

Kem boling padang negara terus menyerlah di mata dunia selepas pemain lelaki mengisi tangga keempat dunia sementara pemain wanita di tangga kelima dunia.

Ia catatan memberangsangkan selepas kem boling padang negara kurang menyerlah dalam Ssukan Komanwel Birmingham tahun lalu.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, kini menyasarkan tiga terbaik dunia dalam masa terdekat.

"Satu peluang untuk saya mengulangi kejayaan di Gold Coast.




"Saya dan gandingan akan beraksi sehabis baik dan mahu menghadiahkan emas kepada negara," katanya.

"Selain ranking tiga terbaik dunia, kami juga mengadakan sistem ranking kebangsaan, kami ada adakan acara Individu dan Four yang berjalan serentak di Terengganu akhir bulan ini, diikuti Acara Pairs dan Triple Kebangsaan yang akan ditetapkan kemudian," katanya.