KL2017
Boling Padang: Berpasangan lelaki kutip emas
Skuad boling padang negara meraih emas keempat dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, kali ini menerusi gandingan Hizlee Abdul Rais dan Fairul Izwan Abdul Muin dalam kategori berpasangan lelaki dalam aksi di Kompleks Boling Padang Bukit Kiara, sebentar tadi.
Hizlee dan Rais menewaskan gandingan Filipina, Pancho Marcelito dan Angelo Morales, 20-13 untuk mengesahkan emas buat kontinjen Malaysia.
Pingat gangsa menjadi milik pasangan Thailand, Naret Aiangetuen dan Sonthi Manakitpaiboon, setelah menumbangkan cabaran Singapura 16-14.
Iklan
"Ada satu ketika kami ketinggalan dalam perlawanan ini, selepas berjaya menemui rentak kami berjaya mengekalkan momentum untuk memastikan emas milik Malaysia," ujar Fairul.
"Kejayaan kami ini adalah ditujukan khas buat rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami," tambah Hizlee.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Must-Watch Video