Skip to main content

Sukan Lain

Bola Tampar Kebangsaan: Selangor Lions jumpa Sabah Rhino dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-bola-tampar.jpg
Selangor Lions dan Sabah Rhino akan bertemu dalam final Liga Bola Tampar Kebangsaan selepas menewaskan lawan masing-masing di Dewan Bola Tampar, Seksyen 4, Shah Alam hari ini

Dalam aksi sebelah petang menyaksikan Lions tiada masalah untuk mengatasi saingan Bomba Dragon 3-0

Selangor mudah meraih kemenangan 25-16 dalam set pertama sebelum mengekalkan rentak sama dalam dua set berikutnya untuk menang 25-17, 25-22.

Sementara itu, aksi sebelah malam pula memperlihatkan betapa Rhino menafikan saingan sengit Putrajaya Hawk untuk ke final dengan kemenangan 3-1.

Pasukan Borneo itu memulakan aksi dengan cemerlang untuk menang 25-20 dalam set pertama tetapi Hawk bangkit mengikat kedudukan dalam set kedua juga dengan keputusan sama.

Bagaimanapun, dua set terakhir ternyata menjadi milik Rhino, di mana mereka menamatkan saingan dengan kemenangan 25-18, 25-13.

Kedua-dua pasukan berkenaan akan kembali beraksi merebut Piala Datuk Bandar Shah Alam dalam aksi final di venue sama esok.
 

Advertisement

Must Watch Video