SUKAN LAIN

Bola Tampar Kebangsaan: Selangor Lion bergelar juara selepas atasi Sabah Rhino

Muzaffar Musa 13/03/2022 | 14:22 MYT
Selangor Lions menjulang Piala Datuk Bandar Shah Alam selepas menewaskan Sabah Rhino 3-0 dalam final Liga Bola Tampar Kebangsaan di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam sebentar tadi.
Turun dengan rekod tanpa kalah, Lion mempamerkan aksi kukuh sejak pukulan pertama, di mana mereka mengatasi saingan sengit Rhino untuk menang 25-16 dalam set pertama
Permainan lebih kemas dipamerkan pasukan Lembah Klang itu untuk berkelebihan 2-0 dengan kemenangan 25-13 dalam set kedua.
Rhino seakan-akan hilang rentak dalam set ketiga, sekali gus membiarkan Lion menang mudah 25-9, sekali gus bergelar juara.
Terdahulu, Putrajaya Hawk muncul pemenang tempat ketiga dengan menewaskan Bomba Dragon 25-20, 25-18, 25-21.
*Kredit foto: Persatuan Bola Tampar Malaysia
#Bola Tampar #Liga Bola Tampar Kebangsaan #Sabah Rhino #Selangor Lion
;