SUKAN LAIN

Bola Tampar Kebangsaan: Bomba, Selangor tempah slot empat terbaik

Shaiful Shamsudin 11/03/2022 | 15:15 MYT
ATM Wolf harus akur dengan keampuhan wakil dari Kumpulan B, Bomba Dragon, selepas memberikan tentangan sengit dalam Liga Bola Tampar Kebangsaan di di Dewan Bola Tampar, Seksyen 4, Shah Alam, hari ini.
Kedua-dua pasukan memperagakan aksi sengit dalam pertembungan suku akhir itu yang sering kali menyaksikan kelebihan saling bertukar tangan hingga mata terakhir biarpun kemenangan 3-0 kedengarannya mudah.
Jurang paling besar di antara mereka menyaksikan Bomba meraih tiga mata berturut turut untuk mendahului 19-16.
Namun, ATM mengikat lawan mereka 23-23 di penghujung perlawanan, sekali gus memberi harapan kebangkitan dalam set seterusnya, tetapi kesilapan ATM memastikan Bomba menawan set pertama 25-23.
Bomba kekal mendominasi dalam awal set kedua dengan mendahului 12-9 tapi sekali lagi ATM bangkit untuk mengikat kedudukan 20-20.
Begitupun, sekali lagi kealpaan pada saat getir menghadiahkan Bomba mata kemenangan 26-24.
Bomba makin berkeyakinan tinggi dalam set terakhir apabila berkelebihan empat mata dan kali ini sama sekali tidak memberi ruang kebangkitan buat pencabar mereka.
Selepas mendahului sepanjang set ketiga dengan selesa, Bomba menamatkan perjalanan ATM dengan keputusan 25-22 untuk mara ke separuh akhir
Sementara itu, Selangor Lion yang di bawah bimbingan Shamsaimon Sharit meneruskan momentum kemenangan apabila tidak memberi muka buat Johor Tiger.
Anak buah Liew Kok Haw itu sukar mengekang asakan pilihan juara tersebut apabila tunduk 0-3.
#Bola #Liga Bola Tampar Kebangsaan:, #Tampar
;