Skuad bola sepak wanita negara menamatkan kempen Sukan SEA Ke-27 di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas keempat-empat perlawanan dalam liga sepusingan.
Lebih perit apabila hanya satu gol berjaya dijaringkan dalam temasya ini, membawa mereka berada di belakang Filipina (tiga mata), Myanmar (enam), Thailand (10) dan Vietnam (10).
Turun sebagai pasukan belasahan, Malaysia dijadikan peranan sebagai penentu perbezaan persaingan buat dua skuad teratas itu.
Dalam perlawanan malam tadi, skuad negara secara tidak langsung membantu Vietnam memperoleh pingat emas apabila membenarkan mereka menjaringkan enam gol untuk keputusan 6-0.
Jaringan besar itu menjadi penentu emas Vietnam untuk mengecewakan Thailand walaupun peserta Piala Dunia Wanita 2015 itu menewaskan Filipina 3-1 malam tadi.
Keputusan 1-1 dalam pertemuan Vietnam-Thailand dua hari sebelum itu sudah memberi bayangan persaingan sengit merebut emas di antara mereka.
Dua negara itu sudah menjadi musuh ketat dalam acara bola sepak wanita sejak Sukan SEA 1985 selepas mereka bergilir-gilir meraih pingat emas
Skuad wanita Vietnam dan Thailand meraih tiga kemenangan dan satu seri dalam kempen kali ini untuk masing-masing melengkapkan lima pingat emas keseluruhan sejak 1985.
Sementara itu, gangsa KL2017 tidak terlepas daripada Myanmar selepas merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan (kepada Vietnam dan Thailand).
Bagi Malaysia pula, mereka tewas 2-1 dalam perlawanan pertama kepada Filipina disusuli 5-0 di tangan Myanmar, 6-0 kepada Thailand dan 6-0 kepada Vietnam.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.