Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Syafiq Ahmad dan Jafri Firdaus Chew, berjanji untuk menebus kesilapan mereka dalam perlawanan kedua Kumpulan A menentang Singapura
di Stadium Shah Alam malam ini yang dilabel pertembungan bermaruah buat kedua-dua pasukan.
Syafiq dan Jafri membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosial masing-masing susulan gagal memberi aksi terbaik ketika perlawanan pertama bertemu Brunei kelmarin.
Mendapat reaksi positif peminat kerana keterbukaan mereka, kedua-duanya gagal memanfaatkan deretan peluang jaringan dalam perlawanan Isnin lalu, sekali gus menyaksikan skuad muda negara sekadar menang tipis 2-1 ke atas lawan.
Lantas, hanya persembahan terpuji mahu disajikan kedua-dua penyerang ini jika masih diberi kepercayaan untuk diturunkan berdepan Singapura.
"Saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk tebus balik aksi berdepan Brunei.
"Kalau tidak dapat diturunkan, saya berharap pemain-pemain lain membuktikan kemampuan masing-masing untuk negara," ujar Jafri.
"Saya cuba mendapatkan satu gol untuk diri sendiri bagi mendapatkan keyakinan ketika bertemu Singapura," kata Syafiq pula.
Selain Syafiq dan Jafri, sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Singapura turut diletakkan di bahu Safawi Rasid selain S. Kumaahran, N. Thanabalan dan Akhyar Rashid yang kini mengintai peluang berada dalam kesebelasan utama.
Sudah pasti, mana-mana pemain yang bakal yang diturunkan, mereka perlu memastikan ketajaman penyudah lebih berkesan untuk mencerahkan peluang awal ke separuh akhir.
"Singapura akan mengasak kita dengan lebih awal kerana mereka telah tewas dalam perlawanan pertama dan jika mereka tewas sekali lagi, mereka akan tersingkir," kata ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee.