SUKAN SEA

Bola sepak: Skuad B-22 kita gagal tampil aksi terbaik -- Adam

Penulis Jemputan 06/12/2019 | 10:07 MYT
Kapten skuad B-22 negara, Adam Nor Azlin, mengakui tidak berada di tahap terbaik sepanjang penampilannya dalam Sukan SEA Ke-30 sehingga gagal mengekalkan status jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee.
Adam menganggap khidmat ketua jurulatih itu sebagai sesuatu yang bernilai sepanjang bersama skuad negara.
Penglibatan Kim Swee ternyata membawa penambahbaikan buat dia dan rakan sepasukan, namun menganggap persediaan yang kurang memuaskan menjadi punca kegagalan di Filipina.
Perasaan kecewa tidak dapat dielak, lebih-lebih lagi selepas kehilangan khidmat Kim Swee, tetapi dia terus berharap pasukan yang bakal dibentuk dalam masa dua tahun dapat melunas kembali kekecewaan itu.
"Kim Swee telah membuktikan beliau adalah seorang jurulatih yang berwibawa buat skuad B-22 negara. Bagi saya, Kim Swee telah memberikan yang terbaik, namun persiapan kurang baik punca kami pulang awal," kata Adam.
Sementara itu, penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, mengakui tidak bersedia untuk membuat penampilan bersama skuad B-22 negara, malah lebih selesa bersama skuad B-19.
"Saya berasa peningkatan harus dipamerkan peringkat demi peringkat. Saya akan berusaha dan jika terdapat rezeki dalam tempoh dua tahun akan datang, saya akan kembali beraksi dalam Sukan SEA," kata Luqman.
;