Skip to main content

Sukan Lain

Bola sepak pantai AFC: Tonggak senior taruhan Faizal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizal-sood.jpg
Ketua jurulatih skuad bola sepak pantai negara, Faizal Md So'od, menganggap aksi persahabatan menentang Bahrain, Isnin lalu, akan membantu pasukannya menghadapi Kejohanan AFC di Pattaya, bulan depan. 

Dalam tempoh persiapan yang singkat, Faizal memberikan kepercayaan penuh kepada pemain senior yang pernah beraksi dalam edisi 2017 untuk membantu pemain muda dalam membentuk skuad mantap.

Skuad negara, yang tewas dalam penentuan penalti ketika menentang Bahrain di UiTM Shah Alam, Isnin lalu, akan membuka tirai kejohanan dengan menentang Afghanistan, 7 Mac ini.

Ia disusuli perlawanan menentang Thailand (9 Mac) dan Palestin (11 Mac).

"Jika kita lihat perbezaan di antara pemain senior dan pemain muda, masih tidak ramai pemain muda yang mampu untuk beraksi dalam skuad utama.

"Kami mungkin terpaksa mengharapkan pemain senior ini untuk beraksi baik di Pattaya.

"Buat masa ini, kami menjangkakan kekuatan seimbang daripada kesemua pasukan dan tiada pasukan untuk ditakuti," katanya. 

Sementara itu, kapten negara, Zaharim Yusof, sedia membantu pemain muda negara menjelang kejohanan itu.

"Daripada 20 pemain yang dipanggil, separuh daripadanya pernah beraksi dalam edisi 2017 dan separuh lagi merupakan pemain muda.

"Pemain muda kami memerlukan peningkatan daripada segi teknik utnuk beraksi baik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video